Saturday, 17 October 2015

Good friend are like star.u don't always see them, but u know they're always there.

Assalamualaikum.. Hey, saya kembali selepas 2 tahun tak update blog .. alhamdulilah sihat, few month ago admitted ward sebab denggi.. 2minggu cuti keje.. seronok btul kalau tengah sihat dapat cuti lama macam tu wah heaven aku.. huhu . Masih diberi nafas baru untuk menikmati sisa2 dunia yang semakin dimamah usia ni.. :)

Kali ni saya nak share tentang erti persahabatan.. ye, sahabat.. setiap orang ada kawan kan, tapi tak semua orang ada sahabat.. tanpa sahabat mungkin dunia ni rasa kosong.. sebab mereka ni diantara kaunselor terbaik di kala suka dan duka kita~  


Setakat ni, ini la seketul kawan lelaki saya nama glamour dia fredo
geli kan..muke jawe! name nk spain, yang sebelah
dia tu jangan cakaplah nama dia nurul atika
tu sejak lahir kteorg dah mcm kembar
cuma tak melekat je.. huhu ~


Saya skip macam mana jumpa si fredo ni.. hehe, kenapa saya fav diorang ni ? sebab diorang ni crazy laughing! kata orang persahabatan terjalin secara automatik, and  memerlukan tempoh masa yang lama untuk digelar sahabat.. now bnd tu tak boleh pakai dah.. sahabat bertahun2 pun belum tentu faham kita.. mereka berdua antara yang memahami aku sebagai seorang sahabat.. mcm lagu black tu "menangis bersama,ketawa pun bersama" haha!

Nway sahabat ni bukan tentang seseorang yang telah lama kita kenal, tetapi tentang seseorang yang hadir dan singgah di kehidupan kita and dia tak pernah tinggalkan kita.. and aku harap korang tak tinggalkan aku.. mana tau nnt kalau aku dah tak de.. korang jangan lupakan aku.. ingat aku n sedekahkan AL-Fatihah tau! 

Kalau korang ada sahabat yang betul2 boleh faham korang dalam apa jua situation jaga lah hubungan persahabatan tu sebaik2nye.. kalau gaduh or bercanggah pendapat tu its normal lah.. kalau setakat dengar bukan2 dari sebelah pihak yang buruk2kan sahabat kita.. better kita round table, face to face and let them story apa yg berlaku.. jangan dengar dri sebelah pihak, kita terus nak judge dia bukan2.. ape pun cari bukti yang kukuh.. then if dia salah sekalipun tolong dia solve problem, sekalipun kau kena marah and membebel dekat dia..  okay? ;)

Sahabat adalah orang membantu kita bangkit untuk percaya diri, ketika orang lain berusaha menjatuhkan dia . so please eh, jangan datang time susah je.. time senang batang hidung pun tak nampak. huhu

Eh! korang.. jumpa lagi next entry.. kalau panjang umur and berkesempatan okay.. love u so much !

Wasalam