Saturday, 17 October 2015

Good friend are like star.u don't always see them, but u know they're always there.

Assalamualaikum.. Hey, saya kembali selepas 2 tahun tak update blog .. alhamdulilah sihat, few month ago admitted ward sebab denggi.. 2minggu cuti keje.. seronok btul kalau tengah sihat dapat cuti lama macam tu wah heaven aku.. huhu . Masih diberi nafas baru untuk menikmati sisa2 dunia yang semakin dimamah usia ni.. :)

Kali ni saya nak share tentang erti persahabatan.. ye, sahabat.. setiap orang ada kawan kan, tapi tak semua orang ada sahabat.. tanpa sahabat mungkin dunia ni rasa kosong.. sebab mereka ni diantara kaunselor terbaik di kala suka dan duka kita~  


Setakat ni, ini la seketul kawan lelaki saya nama glamour dia fredo
geli kan..muke jawe! name nk spain, yang sebelah
dia tu jangan cakaplah nama dia nurul atika
tu sejak lahir kteorg dah mcm kembar
cuma tak melekat je.. huhu ~


Saya skip macam mana jumpa si fredo ni.. hehe, kenapa saya fav diorang ni ? sebab diorang ni crazy laughing! kata orang persahabatan terjalin secara automatik, and  memerlukan tempoh masa yang lama untuk digelar sahabat.. now bnd tu tak boleh pakai dah.. sahabat bertahun2 pun belum tentu faham kita.. mereka berdua antara yang memahami aku sebagai seorang sahabat.. mcm lagu black tu "menangis bersama,ketawa pun bersama" haha!

Nway sahabat ni bukan tentang seseorang yang telah lama kita kenal, tetapi tentang seseorang yang hadir dan singgah di kehidupan kita and dia tak pernah tinggalkan kita.. and aku harap korang tak tinggalkan aku.. mana tau nnt kalau aku dah tak de.. korang jangan lupakan aku.. ingat aku n sedekahkan AL-Fatihah tau! 

Kalau korang ada sahabat yang betul2 boleh faham korang dalam apa jua situation jaga lah hubungan persahabatan tu sebaik2nye.. kalau gaduh or bercanggah pendapat tu its normal lah.. kalau setakat dengar bukan2 dari sebelah pihak yang buruk2kan sahabat kita.. better kita round table, face to face and let them story apa yg berlaku.. jangan dengar dri sebelah pihak, kita terus nak judge dia bukan2.. ape pun cari bukti yang kukuh.. then if dia salah sekalipun tolong dia solve problem, sekalipun kau kena marah and membebel dekat dia..  okay? ;)

Sahabat adalah orang membantu kita bangkit untuk percaya diri, ketika orang lain berusaha menjatuhkan dia . so please eh, jangan datang time susah je.. time senang batang hidung pun tak nampak. huhu

Eh! korang.. jumpa lagi next entry.. kalau panjang umur and berkesempatan okay.. love u so much !

Wasalam 



Tuesday, 3 June 2014

pertemuan>>perkenalan

Dari pertemuan kita belajar erti kerinduan..
Dari perkenalan kita belajar erti persahabatan..
Dari kebersamaan kita belajar erti kesetiaan..
Dari rasa sayang kita belajar cara perhatian..
Dari rasa cinta kita belajar erti kebahagiaan..
Dari rasa benci kita belajar erti memaafkan..
Dari rasa kecewa kita belajar erti penyesalan..
Dan dari luka kita belajar erti senyuman..





Karena hidup ini adalah anugerah..


Eeerrrr... tak tau nak mula dari mana tapi yang pasti ianya adalah sebuah pertemuan.. :) yes.. setiap pertemuan itu adalah yang dah di tulis pada awalnya kita..

 "..kau akan bertemu dengan dia dan kemudian kau akan belajar sesuatu yang kau tak prnah tau dalam hidup ni.."

Tak boleh nak cerita banyak....... nnt hati memberontak sebab itu perjanjian antara aku dengan dia.. no need to publish.. apa yang nak di beritahu kat sini.. kita a8dalah dipentas dunia yang membawa watak masing2 tanpa skrip yang terakhir.. tapi yang pasti akhirnya itu adalah MATI..


Adakah kita dipertemukan dengan orang yang salah? Tak de salahnye pertemuan tu..cuma pertemuan itu bukanlah pertemuan dengan jodoh kita.. 


Sebenarnya kalau kita tak pernah kecewa bukan kehidupan namanya..Allah mempertemukan kita dengan orang yang bukan jodoh kita supaya kita mengambil perkara yang terjadi ke atas kita sebagai satu pengalaman dan pengajaran.. selain itu Allah mengajar kita cara meredhai sesuatu perkara itu tanpa meratapinya..Allah itu maha mengetahui dan sebaik2 perancang.. "manusia merancang Allah juga merancang sesungguhnya Allah ialah sebaik2 perancang" :)



"..Memori sangat indah untuk dicipta. tapi sangat sakit untuk diputar kembali dalam ingatan. memori sebuah pertemuan yang indah akan sentiasa dihati. dan mungkin akan terkubur jika berlakunya perpisahan yang menyakitkan.." 


Semoga pertemuan ini akan menjadi kenangan yang cukup terindah dan belajar untuk mencapai tahap kenalan yang cukup sempurna walaupun ianya cuma sementara tapi aku cukup mengharap lebih dari sementara.. nway thanks hadir dan membawa aku di awangan dunia kamu.. *thanks for being my friend  -sj-


            -@iqajasmine-

Monday, 2 June 2014

bercinta>berkahwin>happy family???

Assalam.. rasanya lama dah tak update blog.. kebizian melandai diri.. *habis arini tak bz la? :P bz la jugok.. nak share sesuatu yang agak kerap berlaku dalam alam perkahwinan.. tiap2 hari aku berdepan dengan seseorang yg sudah mendirikan rumah tangga.. yep.. dah kahwin seorang isteri namun belum ada rezeki menjadi seorang ibu.. 

3tahun perkahwinan sudah berlalu.. hampir mencapai tahun ke4.. :) alhamdulilah.. syukur.. tapi.......... hari ni aku dikejutkan dengan berita yang sangat membuatkan hati ni benar2 luluh.. yela mana tak nye.. dia kawan aku.. apa yg menyedihkan emosi yang terlalu mengikut kata hati tanpa akal.. dia mohon dilepaskan (cerai)..hmm sedih sangat.. 

Yup... ease to say.. sbb tak kena batang hidung sendiri.. dari apa yg berlaku aku terfikir sesuatu.. sekilas berfikir bagaimana tiba masa aku pula untuk melalui semua tu.. series! Rasa takut tu benar menghantui diri.. takut rasa kasih dan sayang sebelum berkahwin brtukar menjadi mimpi ngeri selepas kahwin.. adakah bahgia yang datang itu cuma sementara atau kita yang silap mencipta bahagia itu sendiri.. tapi kenapa selepas berkahwin... sbb dah ddk sebumbung baru nmpak belang masing2?? 

Mak sllu bilang kahwin bukan perkara yg mudah.. perkahwinan adalah kesetiaan hingga hujung nyawa..  tiada siapa mahukan penceraian,tetapi ada kalanya itulah pilihan yang ada.. hendak menuding jari ia hanya akan menambah luka selain kekusutan apabila hakikatnya Nasi Sudah Menjadi Bubur.. life must go on n apa yg berlaku menjadi iktibar bagi mengelak perkara sebegini berulang..

Aku mula berpegang dengan prinsip kematangan.. think positive belajar dari keliling.. andai itu boleh membuatkan kau menjadi seorang yang smart thinker.. in sha Allah.. kau akan jumpa jalan yang kau kehendaki.. amin.. ;)

Moral: kerukunan rumah tangga juga tak dapat dipupuk dalam sehari dua.. jadi ia brbalik pada asas agama.. mintalah petunjuk dari dia sesungguhnya dia lah kaunselor kita yang paling tepat.. :) in sha Allah.. ♡♡

          -@iqaJasmine-


Monday, 6 May 2013

K.e.T.a.W.a~

Senyum/Gelak/Tawa~



Hehe.. ni pun da tergelak.. terlalu banyak maksud,kalau nk di kaitkn dengan ketawa,ketawa bukan bermakna kita gembira,tapi ketawa juga mampu menutup seribu satu masalah dalam diri kita,pada saya sendiri,ketawa bole hilangkan stress,orang akan nampak saya sgt2 bahagia,but inside,cuma tuhan je yang tau.. saya admit,ada segelintir orang yang cakap,jangan terlalu banyak ketawa ataupun suka,nanti lama2 berduka.. hmm.. memangla.. sbb bila benti ketawa,OTOMATIK problem yang kita pendam tu.. kembali muncul dgn segar,haha.. tu yg buat kte serta merta hilang mood... hehe... Setiap orang ada masalah dear,tk de satu manusia pun tk de masalah,depends on us,how kte solve masalah tu,and cuba tidak beremosi dgn masalah kita sendiri..sebab pembawakan yang terlalu tu,akan spoilkan everything.... apa benda nk buat sume tk kena.. btol tk?? :)

Sepanjang hidup saya,saya memang banyak ketawa,ketawa banyak gle,sampaikan sekecil-kecil zarah perkara yang berlaku pun boleh membuatkan saya ketawa,kekadang tu bila tengok gambar2 yang klakar pun saya akan ketawa terbahak-bahak,sampaikan bila kat tempat public tu,orang akan pandang MY GROUP,kawan2 saya cakap diorang malu bawak saya g majlis,mana tk nye,saya bukanlah orang yang bole control gelak,hik3.. saya peduli ape,nk ikot jugak! hehe.. tp mcm mne pulak ek,kalau esok2 nk jumpa bakal mak mertua,tah2 kena reject... wowowowo... ahahaa,tapi yang paling best,sampaikan ada orang request saya gelak.. hah tu gle la kn... ade ke,orang tk nk gelak dia paksa2 gelak... aissshhh!!hehe

Kenapa kita perlu ketawa??
 |haaa.. meh baca sini sat| 


1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat meransang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon2.. hah~ cm ne?? ada alasan untuk tk ketawa ke.. hehe so ketawa la,kadang2 benda yang simple mcm ni la,kte jarang nampak kebaikannya.. tambah2 pulak,bole awet muda gitew~ waaa.. hehe

2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.Apabila kita tersenyum,badan turut "tersenyum" dan menganggap kita gembira.Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.. waa.. best information ni... <3

3.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka,tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.. :)

4.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100kali dalam masa 24 ajm mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10minit.Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa,tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.Kemudian kedua2 kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.. ;)


See... this is a great info rite.. Jdi kenapa perlu takut ketawa,kalau kamu fikirkan kedukaan yang akan datang selepas itu.. dun WORRY dear.. kalau kedukaan yang datang selepas tu,itu semua kebetulan.. jangan muram2,sesedey.. semua tu,bikin emosi kita jadi tk best,jadi mara2.. bila muke ketat,orang pun tk maw dekatkan... takutnye. muke mcm ghimau je... auuuummmmm~~ hehehe... to Darling2 all... just smile.. 

Even kita banyak masalah pun,hide... story to ALLAH S.W.T kerana dia lebih mengetahui segala2nya.. minta ketenangan.. saya juga bukan seorang yang suka berkongsi kesedihan dgn orang lain,walaupun saya terluka yang sgt2.. sbb saya tau.. setiap bicara kita,jelas sekali orang tu tk dapat menggambarkan perasaan kita.... jadi buang air liur,tambahan kita sakit hati rite..  


"..Actually banyak lagi,kalau u'all nak more info rajin2 la buat research kat internet,dat would give u more knowledge.. at least advance la sikit.. sharing is caring rite.." hehe

Okay la,sekian untuk entry kali ni.. bila datang idea yg mencurah2 lagi.. i would share with u guys~ i really appreacite,kerana luangkan sedikit masa untuk baca entry ni.. i love u so much... thank you yeah!

Sunday, 5 May 2013

l.i.f.e

Kata orang hidup ni macam roda,kadang kala di atas,kadang kala pula kita di bawah,but its not really orang yang cakap,but its reality in a life… KEHIDUPAN~ 


Bila cakap tentang soal kehidupan semua orang tau.. apa tu erti hehidupan.. kehidupan yang sering diuji dengan dugaan2 yang sangat berat.. sampaikan kadang2 tu,kita sendiri give up dengan ujian yang ditimpakan atas kita.. pada saya sendiri la.. sepanjang 23 tahun atas muka bumi ALLAH  ni..  I've gone through severe test.. for the 1st one saya kehilangan orang yang paling saya cinta,saya sayang.. iaitu AYAH~

Dan setiap kali ada pertanyaan “Apa yang kamu nak dalam hidup ni??” wooww! Soalan.. sumtimes saya gnekn ayat ni pada kawan2 lain jugak.. hehe.. dats was so funny… nnt mcm2 kte bole dgr dari kawan2… kebiasaannya.. nak jadi kaya… hahaaha!  Okay ,sambung tadi.. saya akan jawab.. saya nak ayah .  hehe  tapi saya tau,itu stu2nya benda yang paling mustahil untuk saya dapatkan.. unless sampailah satu masa nanti saya juga diseru illahi . and sy akan jumpa dia… saya akan tunggu masa tu.. merindui beliau adalah suatu perkara yang sangat berharga . :)

Saya seorang yang sangat manja walaupun anak ke3 dari 7 org adik beradik. sape kata anak bongsu je manje? huhu and  kalau jenis org yang suka judge mental.. sure menyampah! Haha who care,yang paling funny, 1st impression org yg jumpa sy kan ,diorang akan jujur lepas dah kenal saya.. diorang cakap muka belagak and sombong.. tu la orang cakap tk kenal maka tk cinta kan.. hehe.. da kenal btol2 mmg korang berdekak tk benti2,saya ni crazy laughing,sometimes ske bahan orang jugak.. hah! hehe ala....  I just be my self.. tapi disebalik tu.. saya seorang yg suka memendam perasaan sendiri.. saya tak share masalah dengan orang.. sebab for me no one can understand pun.. 

 Cinta~ ?? Saya memang bercinta.. tapi saya tetap tk nak pegang yang cinta itu milik saya.. masa yang paling sesuai saya digelar,saya milik orang,ialah bila tiba masa,nama saya disebut sewaktu  lafaz akad nikah..  uuu.. bila la tu agaknya kan,kadang2 saya tertanya2 gak sape la,yang dia dah tuliskan untuk saya,hmm.. kalau ditakdirkan dengan orang yang kita sayang,bersyukurlah yang tk terhingga,sbb bukan senang tuhan nak beri kita sesuatu berdasarkan kehendak kita rite.. dan  kalau satu ari nnt pula,kita ditakdirkan dgn orang yang kita tk prnah cinta and syg.. berusaha la ke arah menyayangi si dia.. sbb,setiap ketentuan tuhan tu.. dia dah tetapkan itu yang terbaik untuk kita.. in sha Allah.. yang kurang itu datangnya dari kita.. dan terbaik tu semestinya dari dia..  cinta,sayang,rindu (perasaan) kita sebagai manusia tk pnah lari dari ada perasaan2 ni.. kerana 3 perasaan ni la.. kdg2.. dia boleh buatkn kita kehilangan segalanya.. sbb tu,orang cakap,jangan mencintai seseorang tu melebihi penciptanya.. saya juga manusia yang sering alpa.. apa kan daya,saya manusia yang lemah dan tak lari dari membuat kesilapan..apa pun JODOH ITU RAHSIA ALLAH.. dia yang maha mengetahui tiap2 sesuatu.. yeah! Hehe..

Seronok bercerita,sampai tk perasan nak satu page ni.. aissh!!  Okay la,nanti ada masa kita cter2 lagi k.. bnyk lg ni.. kalau nk di kongsikan.. in sha Allah,sama2 la kita memotivasikan diri kearah yang lebih baik,dan positif.. kalau tk ske entry saya.. mohon maaf ye.. :D assalamualaikum  <3